Kata Sendi Nama

Kata Sendi Nama
 
di
1. tempat
Datuk berehat di ruang tamu.
 
2. arah
Dia terjumpa sebuah dompet di tepi jalan.
 
ke
1. tempat
     Puan Aminah berjalan kaki ke pasar.
 
2. arah
     Kapal itu belayar menuju ke barat.
 
dari
1. tempat
     Ayah baru pulang dari kerja.
 
2. arah
     Kera itu turun dari atas pokok.
 
3. masa
     Kami mula belajar dari pukul 7.30 pagi.
 
daripada
1. manusia
Abang menerima hadiah daripada gurunya.
 
2. haiwan
Susu daripada lembu sangat berkhasiat.
 
3. perbandingan
     Beg ini lebih berat daripada beg itu.
 
4. sumber
     Pasu itu diperbuat daripada tanah liat.
 
kepada
1. manusia
     Murid-murid mengucapkan terima kasih kepada  
     Cikgu Tan.
 
dengan
1. benda
Lily menaip surat dengan komputer.
 
2. manusia
Saya pergi ke pasar dengan kakak.
 
 
 

 

1 comment: